Semalam bertempat di Sawah Sagil Ayer Hitam Abg Ijam mengajar kami tentang asas ”off camera light” Matlamat perkongsian ilmu ini dibuat bertujuan untuk memahami apa itu asas ”off camera light” (strobist). Ini adalah percubaan pertama kami menghasilkan gambar seperti ini. Kami hanya menggunakan 2 unit speed light dan ‘wireless trigger’ kepunyaan Abg Ijam. Alhamdulillah semua rakan-rakan sekurang-kurangnya dapat mengambil gambar dengan baik untuk percubaan kali pertama ini. Terima kasih diucapkan kepada Abg Ijam kerana sudi mengajar kami dan rakan2 yang hadir Azam, Faiz, Yana dan Zack sebagai model ‘terjun’ kami. Berikut adalah sebahagian dari hasil gambar percubaan pertama aku.











