Photograph by Shazlishots
Majlis Perkahwinan Mohd Razali & Nursyidatulakmal
Alhamdulillah.. Termetrai sudah ikatan kami berdua. Penuh kesyukuran kami panjatkan, jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga yang bertungkus lumus menyediakan persiapan dari sebelum majlis sehingga selesai. Terima kasih juga buat para sahabat yang datang dari jauh dan dekat untuk memeriahkan majlis kami. Terima kasih juga buat AWRA untuk pelamin & solekan serta baju yang istimewa. Terima kasih semua jurugambar yang merakam setiap detik perjalan majlis kami. Maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan yang tak dipenuhi. Maaf juga buat kawan-kawan yang menunggu lama dan tak dapat berjumpa kami. Walaupun dah menghadiri ratusan majlis perkahwinan sebelum ini, dah menghafal setiap atucara majlis, tetapi kami hanya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan.
Walaubagaimanapun, kami bersyukur majlis ini berjalan dengan lancar. Bermula esok kami akan bertungkus lumus untuk majlis bertandang di Kampung Cahaya Baru pada 7 March pula. Diharap sesiapa yang belum mendapat kad jemputan, rujuk ke PETA INI dan cetak.








