Form submitted successfully, thank you.

Error submitting form, please try again.

Monthly Archives: January 2009

Nana & Amir Engagement | 14 Disember 2008

Okey kali ini aku update gambar Pertunangan Nana & Amir pada 14 Disember 2008 yang lalu. Nana ni merupakan member aku mase study dekat Uitm Melaka dulu. Rapat dengan nana start duduk kat studio graphic hehehe ( nana ko ingat lg tak? ). Terima Kasih buat nana & amir sudi ambil aku ngan ayie jadik OP untuk majlis kau.

Aku, Ayie dan adik2 aku gerak dari ayer hitam pukul 10 pagi. Masa ni mendung je sepanjang perjalanan diikuti dengan hujan. Kami sampai rumah Nana dalam pukul 12.30 tengah hari. Nana pun baru nak bersiap-siap untuk make-up. Sambil- sambil berbual tu tangkap2 la gambar kan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Congrats ya Nana dan Amir! Moga bahagia sehingga kamu disatukan :)

[gallery link="file" columns="2"]

ACHMAL
Focus Media Technology
akmal@focusmedia.my

View full post »

Mimie Engagement

Kali ni aku nak update gambar Majlis pertunangan Mimi dan Khairul. Haha lambat betul update. Maaf ye mimie dan khairul :)
Aku gerak dengan Razali pukul 10.30 pagi, sebelum tu pergi rumah azam dulu ambil kamera ngan flash (pinjam ye encik azam). Perjalanan makan masa 1 jam lebih. sampai rumah mimie dia suruh makan dulu lepas tu baru aku dan razali setup kamera dan terus ambil gambar mimie tengah make-up. Khairul sampai dalam pukul 2 petang. After that majlis pertunangan pun bermula. Tahniah to both of you. Darah tengah manis tu hehe..okey Picture time! :)
[gallery link="file" columns="2"]

View full post »

Selamat Datang 2009!

dsc_0847

Tahun 2008 sudah melabuhkan tirainya.Tahun bertukar angka. Begitu juga dengan usia,umur kita akan bertambah lagi setahun. Sekarang, masa seolah begitu cepat berlalu. Kelipan pun terasa seperti jarum berdetik seiap saat mengimbas segala apa yang berlaku di masa lalu. Ramai orang yang mula fikir azam baru bila masuk tahun baru, apatah lagi aku yang umurnya semakin meningkat.

Tahun 2008 ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Rasa sayang meninggalkan tahun indah ini bagi seorang aku. Indah bukan wahai kekasih :) . Tahun ini diharapkan aku dapat menjalaninya dengan tabah. Ya, kita perlu set target apa yang kita nak buat, tentukan sasaran. Tapi aku tidak letakkan harapan itu terlalu tinggi jadi aku akan lakukan apa yang termampu pada tahun 2009 ini.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Tunang- Razali kerana banyak mendorong, memberi idea dan nasihat, dan banyak membantu selagi terdaya, rakan-rakan yang banyak memberi sokongan, dan tidak lupa keluarga yang menjadi tulang belakang aku selama ini. Terima Kasih tidak terhingga untuk kamu semua.

Moga Tahun ini banyak mendatangkan banyak perkara-perkara indah kepada kamu semua.

View full post »